Saturday, October 31, 2009

indah


Keindahan dan ketenangan mengamit keamanan dalam jiwa ...
kekacauan akan berkurangan dan mata dapat dilelapkan ..........
ciptaan Allah ini tiada tolok bandingnya....
andai aku diberi perluang untuk merasa ini semua ...
aduh nikmatnya ..............
selalu aku bertanya pada diri sendiri ...
bagaimana terbentuknya pohon dan sungai....
bagaimana?
tapi itu semua hanya mengusutkan fikiran...
kerana Allah maha mengetahui.......

kecewa

hanya yang sepadan pasti memahami pasangan nya...bilakah yang benar2 sesuai akan kutemui ..
adakah ini penghujung cerita hidup aku sebagai manusia...
atau ini adalah episod terakhir cinta diantara aku dan dia......

hati manusia sukar dijangka ...
hati manusia bila-bila akan berubah ...
hati manusia tidak pernah mudah berpuas hati pada satu2 benda...

Friday, February 27, 2009

thanks POLI JB















Sejarah Politeknik yang berjaya mengubah hidupku...


Politeknik Johor Bahru adalah politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang ke-9 didirikan di tapak seluas 100 ekar (44 hektar) di Mukim Plentong, Johor Bahru dengan kos pembinaan sebanyak Rm 155.52 juta.Politeknik ini memulakan operasinya pada February 1998 dengan menumpang sementara di SMT, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru dan kemudian berpindah ke kampus tetap pada Jun 1998.


PJB mempunyai infrastruktur yang lengkap dengan teknologi dan peralatan moden dan terkini sesuai dengan kurikulum semasa.Politeknik ini dibangunkan bertujuan memberi pendidikan dan latihan separa profesional kepada lulusan SPM/SPMV untuk memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih untuk mencapai Wawasan 2020 yang menjadikan Malaysia sebuah negara industri. Sesi pertama pengajian telah dimulakan pada Julai 1998 dengan pengambilan sulung seramai 319 orang pelajar baru mendaftar di kampus baru di Pasir Gudang. Pengambilan pelajar dijangka meningkat ke kapasiti maksimum 5000 orang.Pada masa ini, terdapat 4 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Jabatan Hospitaliti & Fesyen.


Dua buah jabatan sokongan ditubuhkan iaitu Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Kursus Rekabentuk Grafik, Rekabentuk Industri, Pengurusan Hotel dan Katering, Pengurusan Pelancongan dan Rekaan Fesyen dan Pakaian adalah kursus-kursus yang julungkali ditawarkan di Politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

saya


hello..
for the first time...saya layan blog..huhu..
saja nak mengisi masa lapang dengan benda yang lebih berguna hope that...
salam khas buat sahabat2 yang lama x jumpa terutama
di smk cheras. harap korang sentiasa sihat.
x sangka saya jer yang masih setia dengan bidang IT ni..
mula2 x minat tapi sekarang dah mampu develop sistem sendiri.... harap saya mampu pergi lebih jauh dalam bidang ni.