Friday, February 27, 2009

thanks POLI JB















Sejarah Politeknik yang berjaya mengubah hidupku...


Politeknik Johor Bahru adalah politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang ke-9 didirikan di tapak seluas 100 ekar (44 hektar) di Mukim Plentong, Johor Bahru dengan kos pembinaan sebanyak Rm 155.52 juta.Politeknik ini memulakan operasinya pada February 1998 dengan menumpang sementara di SMT, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru dan kemudian berpindah ke kampus tetap pada Jun 1998.


PJB mempunyai infrastruktur yang lengkap dengan teknologi dan peralatan moden dan terkini sesuai dengan kurikulum semasa.Politeknik ini dibangunkan bertujuan memberi pendidikan dan latihan separa profesional kepada lulusan SPM/SPMV untuk memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih untuk mencapai Wawasan 2020 yang menjadikan Malaysia sebuah negara industri. Sesi pertama pengajian telah dimulakan pada Julai 1998 dengan pengambilan sulung seramai 319 orang pelajar baru mendaftar di kampus baru di Pasir Gudang. Pengambilan pelajar dijangka meningkat ke kapasiti maksimum 5000 orang.Pada masa ini, terdapat 4 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Jabatan Hospitaliti & Fesyen.


Dua buah jabatan sokongan ditubuhkan iaitu Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Kursus Rekabentuk Grafik, Rekabentuk Industri, Pengurusan Hotel dan Katering, Pengurusan Pelancongan dan Rekaan Fesyen dan Pakaian adalah kursus-kursus yang julungkali ditawarkan di Politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment